26 September 2010
USAHAWAN MUDA OTOMOTIF PROGRAM MODAL INSAN GLOKAL (MIG) TERIMA BANNER PERNIAGAAN DARI KETUA WANITA UMNO KELANTAN.
Sekali lagi Pihak Sekretariat Modal Insan Glokal (MIG) berjaya mengadakan majlis yang penuh gilang-gemilang. Iaitu Majlis Penyerahan Banner Perniagaan Usahawan Muda Otomotif yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah berlangsung di Dewan Al Hadeed iaitu di Kompleks Pondok Antarabangsa. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datin Hjh. Rahimah bt. Mohammad selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Kelantan merangkap merangkap Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Penyerahan Banner tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hjh. Rahimah bt. Mohammad kepada para pelatih Astonians College yang cemerlang. YBrs. Encik Che Isa b. Muhammad selaku penasihat Persatuan Amal Jariah Malaysia (PAJMA) berucap: “ penyerahan banner tersebut, merupakan langkah pertama bagi mendorong para pelatih untuk menjadi usahawan muda dalam menjayakan misi MIG”. Sebanyak 3 banner perniagaan usahawan muda otomotif telah diserahkan kepada 3 orang pelatih yang cemerlang iaitu Azrul Faiz b. Abd Ghani, Mohd Rusdie b. Ismail dan Nik Mohd. Nor Amey Azmi bin Mohd. Arifin. Bukan ini sahaja, usaha-usaha yang dilakukan oleh Pihak Sakretariat Modal Insan Glokal bagi mendorong para pelatih supaya menjadi usahawan muda malah masih banyak lagi dan akan berterusan di lain masa. Pihak Sakretariat MIG mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datin Hjh. Rahimah bt. Mohammad kerana sudi menyempurnakan Majlis Penyerahan Banner Perniagaan Usahawan Muda Otomotif tersebut. Selain itu, Pihak Sakretariat MIG juga, mengucapkan terima kasih kepada YBrs. Encik Che Isa b. Muhammad kerana sudi hadir majlis tersebut.
20 September 2010
Yayasan Al-Khairiah sumbangkan zakat kepada para usahawan kolej Astonians

Warga Astonians College melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Yayasan Al-Khairiah kerana mengeluarkan zakat beras dan nasi untuk berbuka kepada para usahawan Astonians College. Pihak Sekretariat Modal Insan Glokal yang memohon zakat beras dan nasi di bulan Ramadhan untuk diagihkan kepada para usahawan muda Astonians College. Pemohonan tersebut telah diluluskan oleh Pihak Yayasan Al-Khairiah.Seterusnya, majlis pembahagian zakat beras ini berlangsung di bulan Ramadhan baru ini iaitu bertarikh 17 Ogos 2010. Manakala, pembahagian zakat nasi pula, bermula dari 15 hingga 30 Ogos 2010. Semua usahawan astonians college yang berkelayakan menerima sumbangan zakat tersebut. Pihak Kolej jugak, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam aktiviti sumbangan zakat tersebut. Sekali lagi, Warga Astonians College mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Al-Khai
19 September 2010
Kepulangan Usahawan Muda Kolej Astonians
Selamat bertemu kembali selepas bercuti selama beberapa hari untuk menyambut hari raya aidilfitri. Sekali lagi Pihak Warga Kolej Astonians, mengucapakan salam aidilfitri kepada semua umat islam. Kolej Astonians sudah mula beroperasi pada hari isnin (hari raya ke-4). Para Usahawan Muda Kolej Astonians pula, mula balik dari bercuti hari raya pada 19/9/2010 iaitu hari ahad. Pihak Warga Staff Kolej Astonians, mengucapkan selamat kembali kepada semua para usahawan muda dan mengalu-alukan kepulangan para usahawan muda kolej astonians.
07 September 2010
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

10 Julai 2010
PROGRAM TAKLIMAT MODAL INSAN GLOKAL (MIG) KEPADA PENGHULU SELURUH KELANTAN
6 JULAI - Sekretariat Program Modal Insan Glokal (MIG) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat di Pejabat Urusetia Penghulu-Penghulu Negeri Kelantan. Apa yang menariknya, taklimat yang julung-julung kalinya ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta. Ust. Ky sekali lagi bertindak mengemudi taklimat selama 1 jam ini. Beliau turut ditemani oleh para pelatih praktikum iaitu Che Shahrul Azlan, Nabihan (UTM) dan Hamizah (UUM).
Sebelum daripada taklimat bermula, satu tayangan slide tentang 'Senario Anak Kelantan Hari Ini' telah dipersembahkan. Terima kasih kepada Pengarah Urusetia Penghulu-Penghulu Negeri Kelantan dan terima juga kepada Ust Hamdan yang telah memberikan peluang ini.
Sebelum daripada taklimat bermula, satu tayangan slide tentang 'Senario Anak Kelantan Hari Ini' telah dipersembahkan. Terima kasih kepada Pengarah Urusetia Penghulu-Penghulu Negeri Kelantan dan terima juga kepada Ust Hamdan yang telah memberikan peluang ini.
02 Julai 2010
Iklan Jawatan Kosong
Kolej Astonians mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut ;
1. PEGAWAI PENILAI (PP)
1.1. Mekanik Kenderaan Motor (Tahap 1, 2 dan 3) - 4 kekosongan
1.2. Juruteknik Motosikal (Tahap 1 dan 2) - 2 kekosongan
1.3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal (Tahap 1 dan 2) - 2 kekosongan
1.4. Elektrik (Tahap 1, 2 dan 3) - 2 kekosongan
1.5. Pendingin Hawa (Tahap 1, 2 dan 3) - 2 kekosongan
2. PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (PPD)
2.1. Mekanik Kenderaan Motor
2.2. Juruteknik Motosikal
2.3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
2.4. Elektrik
2.5. Pendingin Hawa
Syarat Permohonan ;
1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang berkenaan dengan jawatan yang dimohon.
2. Pemegang Sijil Vocational Training Officer (VTO) diutamakan.
3. Lulus temuduga.
Bagaimana Untuk Memohon ?
1. Hantarkan resume anda selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010 melalui pos atau serahan tangan ke alamat ;
ASTONIANS COLLEGE OF SKILLS & TECHNOLOGY,
Kompleks Pondok Antarabangsa,
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan.
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)
atau melalui email : astonianscollege@yahoo.com
Hanya pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk temuduga.
01 Julai 2010
Perlawanan Futsal Persahabatan
Berdiri di belakang (dari kiri) ; Syafiz, Syafiq, Abe Umar, Rusdie, Syamil, Naqiyuddin, Hazwan, Stanburry, Syed, Shaufiq, Muzakkir dan Hafiz Jeli.
Duduk dari kiri ; Ust. Ky, Fathi, Adli, Shouber, Sheikh Malek, Ateh (anak sulung Ust. Ky), Naim, Hanif, Hafizi MukaBuku dan Cyprus Digenova.
Duduk dari kiri ; Ust. Ky, Fathi, Adli, Shouber, Sheikh Malek, Ateh (anak sulung Ust. Ky), Naim, Hanif, Hafizi MukaBuku dan Cyprus Digenova.
Persatuan Belia Kolej Astonians (PBKA) meneruskan tradisi bersama Akademik Quran Medik Malaysia Cawangan Kelantan (AQM) dengan mengadakan perlawanan futsal persahabatan untuk kali kedua. Kali pertama perlawanan diadakan pada tahun lepas dan pada tahun ini PBKA menurunkan jaguh-jaguh baru iaitu Syafiz, Syafiq, Rusdie, Hafiz Jeli dan Fathi. Perlawanan cukup meriah dengan kehadiran Pengarah (Pembangunan Usahawan dan Belia) Kolej Astonians iaitu Ust. Hj. Nik Umar Mukhtar yang lebih mesra dengan panggilan Abe Umar. Di dalam perlawanan ini Abe Umar bertindak sebagai penyerang utama serta sempat menyumbang beberapa gol. Hadir sama untuk bermain iailah Ustaz Ky dan beliau sempat menghabis separuh masa pertama dengan menyumbang 2 gol.
Perlawanan yang diadakan di ARENA FUTSAL, Jalan Padang Tembak kali ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara para pelatih kolej ini dan penuntut AQM. Para pemain cukup gembira dengan perlawanan ini walaupun tewas dengan kekurangan 1 gol sahaja. Mereka berharap agar perlawanan-perlawanan sebegini dapat diadakan dari masa ke semasa. Abe Umar berjanji akan memanggil Jawatankuasa PBKA untuk mengatur beberapa siri latihan futsal sebelum sesuatu perlawanan diadakan.
Langgan:
Catatan (Atom)