Pages

26 September 2010

USAHAWAN MUDA OTOMOTIF PROGRAM MODAL INSAN GLOKAL (MIG) TERIMA BANNER PERNIAGAAN DARI KETUA WANITA UMNO KELANTAN.

Sekali lagi Pihak Sekretariat Modal Insan Glokal (MIG) berjaya mengadakan majlis yang penuh gilang-gemilang. Iaitu Majlis Penyerahan Banner Perniagaan Usahawan Muda Otomotif yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah berlangsung di Dewan Al Hadeed iaitu di Kompleks Pondok Antarabangsa. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datin Hjh. Rahimah bt. Mohammad selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Kelantan merangkap merangkap Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Penyerahan Banner tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hjh. Rahimah bt. Mohammad kepada para pelatih Astonians College yang cemerlang. YBrs. Encik Che Isa b. Muhammad selaku penasihat Persatuan Amal Jariah Malaysia (PAJMA) berucap:  “ penyerahan banner tersebut, merupakan langkah pertama bagi mendorong para pelatih untuk menjadi usahawan muda dalam menjayakan misi MIG”. Sebanyak 3 banner perniagaan usahawan muda otomotif telah diserahkan kepada 3 orang pelatih yang cemerlang iaitu Azrul Faiz b. Abd Ghani, Mohd Rusdie b. Ismail dan Nik Mohd. Nor Amey Azmi bin Mohd. Arifin. Bukan ini sahaja, usaha-usaha yang dilakukan oleh Pihak Sakretariat Modal Insan Glokal bagi mendorong para pelatih supaya menjadi usahawan muda malah masih banyak lagi dan akan berterusan di lain masa. Pihak Sakretariat MIG mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datin Hjh. Rahimah bt. Mohammad kerana sudi menyempurnakan Majlis Penyerahan Banner Perniagaan Usahawan Muda Otomotif tersebut. Selain itu, Pihak Sakretariat MIG juga, mengucapkan terima kasih kepada  YBrs. Encik Che Isa b. Muhammad kerana sudi hadir majlis tersebut.

20 September 2010

Yayasan Al-Khairiah sumbangkan zakat kepada para usahawan kolej Astonians


      Warga Astonians College melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Yayasan Al-Khairiah kerana mengeluarkan zakat beras dan nasi untuk berbuka kepada para usahawan Astonians College.  Pihak Sekretariat Modal Insan Glokal yang memohon zakat beras dan nasi di bulan Ramadhan untuk diagihkan kepada para usahawan muda Astonians College. Pemohonan tersebut telah diluluskan oleh Pihak Yayasan Al-Khairiah.Seterusnya, majlis pembahagian zakat beras ini berlangsung di bulan Ramadhan baru ini iaitu bertarikh 17 Ogos 2010. Manakala, pembahagian zakat nasi pula, bermula dari 15 hingga 30 Ogos 2010. Semua usahawan astonians college yang berkelayakan menerima sumbangan zakat tersebut. Pihak Kolej jugak, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam aktiviti sumbangan zakat tersebut. Sekali lagi, Warga Astonians College mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Al-Khai

19 September 2010

Kepulangan Usahawan Muda Kolej Astonians

Selamat bertemu kembali selepas bercuti selama beberapa hari untuk menyambut hari raya aidilfitri. Sekali lagi Pihak Warga Kolej Astonians, mengucapakan salam aidilfitri kepada semua umat islam. Kolej Astonians sudah mula beroperasi pada hari isnin (hari raya ke-4). Para Usahawan Muda Kolej Astonians pula, mula balik dari bercuti hari raya pada 19/9/2010 iaitu hari ahad. Pihak Warga Staff Kolej Astonians, mengucapkan selamat kembali kepada semua para usahawan muda dan mengalu-alukan kepulangan para usahawan muda kolej astonians.

07 September 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Warga Astonians College of Skills and Technology, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga staf dan pengikut setia blog ini serta kepada para usahawan muda di kolej ini. Dan pihak kami juga menyusun sepuluh jari mohon ampun maaf jika ada silap salah, terkasar bahasa dan perkara-perkara yang menyinggung perasaan. Warga kolej jugak akan mula bercuti pada hari jumaat(hari raya pertama) dan kita akan bertemu kembali pada hari isnin(hari raya ke-4). Disamping itu warga kolej juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti pada usahawan-usahawan muda di kolej ini.

10 Julai 2010

PROGRAM TAKLIMAT MODAL INSAN GLOKAL (MIG) KEPADA PENGHULU SELURUH KELANTAN


6 JULAI - Sekretariat Program Modal Insan Glokal (MIG) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat di Pejabat Urusetia Penghulu-Penghulu Negeri Kelantan. Apa yang menariknya, taklimat yang julung-julung kalinya ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta. Ust. Ky sekali lagi bertindak mengemudi taklimat selama 1 jam ini. Beliau turut ditemani oleh para pelatih praktikum iaitu Che Shahrul Azlan, Nabihan (UTM) dan Hamizah (UUM). 

Sebelum daripada taklimat bermula, satu tayangan slide tentang 'Senario Anak Kelantan Hari Ini' telah dipersembahkan. Terima kasih kepada Pengarah Urusetia Penghulu-Penghulu Negeri Kelantan dan terima juga kepada Ust Hamdan yang telah memberikan peluang ini.
                           

02 Julai 2010

Iklan Jawatan Kosong

Kolej Astonians mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut ;

1. PEGAWAI PENILAI (PP)

1.1. Mekanik Kenderaan Motor (Tahap 1, 2 dan 3) - 4 kekosongan
1.2. Juruteknik Motosikal (Tahap 1 dan 2) - 2 kekosongan
1.3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal (Tahap 1 dan 2) - 2 kekosongan
1.4. Elektrik (Tahap 1, 2 dan 3) - 2 kekosongan
1.5. Pendingin Hawa (Tahap 1, 2 dan 3) - 2 kekosongan

2. PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (PPD)

2.1. Mekanik Kenderaan Motor
2.2. Juruteknik Motosikal
2.3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal 
2.4. Elektrik 
2.5. Pendingin Hawa  
    
Syarat Permohonan ;
1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang berkenaan dengan jawatan yang dimohon.
2.  Pemegang Sijil Vocational Training Officer (VTO) diutamakan.
3.  Lulus temuduga.

Bagaimana Untuk Memohon ?
1. Hantarkan resume anda selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010 melalui pos atau serahan tangan ke alamat ;

ASTONIANS COLLEGE OF SKILLS & TECHNOLOGY,
Kompleks Pondok Antarabangsa,
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan.
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)

atau melalui email : astonianscollege@yahoo.com

Hanya pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk temuduga.






01 Julai 2010

Perlawanan Futsal Persahabatan

Berdiri di belakang (dari kiri) ; Syafiz, Syafiq, Abe Umar, Rusdie, Syamil, Naqiyuddin, Hazwan, Stanburry, Syed, Shaufiq, Muzakkir dan Hafiz Jeli.
Duduk dari kiri ; Ust. Ky, Fathi, Adli, Shouber, Sheikh Malek, Ateh (anak sulung Ust. Ky), Naim, Hanif, Hafizi MukaBuku dan Cyprus Digenova.

Persatuan Belia Kolej Astonians (PBKA) meneruskan tradisi bersama Akademik Quran Medik Malaysia Cawangan Kelantan (AQM) dengan mengadakan perlawanan futsal persahabatan untuk kali kedua. Kali pertama perlawanan diadakan pada tahun lepas dan pada tahun ini PBKA menurunkan jaguh-jaguh baru iaitu Syafiz, Syafiq, Rusdie, Hafiz Jeli dan Fathi. Perlawanan cukup meriah dengan kehadiran Pengarah (Pembangunan Usahawan dan Belia) Kolej Astonians iaitu Ust. Hj. Nik Umar Mukhtar yang lebih mesra dengan panggilan Abe Umar. Di dalam perlawanan ini Abe Umar bertindak sebagai penyerang utama serta sempat menyumbang beberapa gol. Hadir sama untuk bermain iailah Ustaz Ky dan beliau sempat menghabis separuh masa pertama dengan menyumbang 2 gol.
Perlawanan yang diadakan di ARENA FUTSAL, Jalan Padang Tembak kali ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara para pelatih kolej ini dan penuntut AQM. Para pemain cukup gembira dengan perlawanan ini walaupun tewas dengan kekurangan 1 gol sahaja. Mereka berharap agar perlawanan-perlawanan sebegini dapat diadakan dari masa ke semasa. Abe Umar berjanji akan memanggil Jawatankuasa PBKA untuk mengatur beberapa siri latihan  futsal sebelum sesuatu perlawanan diadakan.

29 Jun 2010

Kad Pelatih....

Kad Matrik yang ditunggu-tunggu dah tiba. Kepada semua pelatih bolehlah menuntut kad tersebut di Pejabat Pentadbiran pada masa pejabat. Pihak pengurusan memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan penyerahan kad ini. "Bukan silap kita sebenarnya tapi kesilapan teknikal oleh pihak pengeluar yang menyebabkan kad-kad ini lewat untuk diserahkan. Kak Ju harap semua pelatih gembira menerima kad matrik masing-masing seterusnya pastikan kad ini dipakai sepanjang berada di kolej. Harus diingat bahawa kegagalan memakai kad matrik menyebabkan skor merit boleh ditolak". Demikian ulasan Cik Juhana selaku Pegawai Tadbir kolej yang bertanggungjawab menguruskan kad.

28 Jun 2010

Program Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal dapat sambutan memberangsangkan

Program Sijil Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal (H-050-1/2) terus mendapat sambutan yang memberangsangkan. Menurut Puan Nurwidayu selaku Pegawai Penilai bagi tahap 2, lepasan program ini boleh dikatakan majoritinya telah mendapat kerja dan sebahagian yang lain pula menyambung pengajian ke tahap 3 dan 4 atau diploma.

Bagi pengambilan bulan Jun/Julai 2010 ini, kuota yang ditetapkan pleh JPK sudah hampir dapat dipenuhi. Pun begitu, mana-mana pelajar yang berminat masih boleh untuk memohon masuk dengan menghubungi pihak kolej di talian 09-7653652.

26 Jun 2010

PROTON Sumbang Waja 1.6e

Warga Kolej Astonians mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) kerana telah sudi menaja sebuah kereta Proton Waja NFD 1.6e untuk kegunaan para pelatih Mekanik Kenderaan Motor. Sumbangan ini adalah yang pertama seumpamanya yang diterima oleh pihak kolej dari sebuah perusahaan otomobil.
Menurut Puan Fadzillah Talib, kertas kerja memohon tajaan kereta tersebut telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan yang diketuai oleh Ust. Mohd. Yuzakky Yusoff sejak awal tahun baru-baru ini dan dua bulan selepas itu PROTON telah menyampaikan khabar gembira sudi menyempurnakan tajaan tersebut. "Pihak kolej terutamanya para pelatih Mekanik Kenderaan Motor amat berbesar hati atas tajaan ini tambahan lagi kereta Waja ini adalah lain dari yang lain kerana sterengnya terletak di sebelah kiri (edisi eksport). Pihak kolej berharap semua pelatih dapat memanfaatkan kereta ini sebaik mungkin ". Ujar beliau yang juga selaku pengurus kolej.

20 Jun 2010

PAJMA, YUM dan KOINSAN Bayar Balik Pinjaman Pelatih


Persatuan Amal Jariah Malaysia (PAJMA), Yayasan Umi Malaysia (YUM) dan Koperasi Insaniah Kelantan Berhad (KOINSAN) akan tetap meneruskan usaha murni mereka dengan bertanggungjawab membayar balik pinjaman semua pelatih yang layak kepada pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebelum daripada para pelatih mendapat kerja. Perkara ini ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, PERSATUAN AMAL JARIAH MALAYSIA (PAJMA) iaitu Ustaz Mohd. Yuzakky  bin Hj Mohd. Yusoff di dalam perjumpaan dengan pelatih-pelatih Sijil Mekanik Kenderaan Motor yang diadakan di Bilik Musyawarah Kolej minggu lalu.

Pun begitu beliau menegaskan bahawa semua pelatih hendaklah berusaha mengekalkan mata merit di atas skor 85 mata dengan cara menghadiri kelas kemahiran teori dan praktikal. "PAJMA, YUM dan KOINSAN tetap akan membela anda menjelaskan bayaran pinjaman kepada PTPK sehingga anda semua mendapat pekerjaan. Namun anda semua hendaklah mengekalkan mata merit dengan skor 85 mata atau ke atas. Ini bukanlah untuk membebankan anda bahkan untuk mendidik dan memberikan ketenangan selepas selesai menjalanni latihan kemahiran di kolej ini".

Turut sama di dalam majlis tersebut ialah Puan Fadzillah Taib selaku Pengurus Kolej Astonians dan dihadiri juga oleh para Pegawai Penilai.

Justeru, semua pelatih diajak untuk tidak melepaskan peluang kemasan ini. Anda tidak perlu memikirkan untuk membayar balik pinjaman selepas selesai menjalani latihan sebaliknya tumpuan ialah untuk mendapat pekerjaan yang baik.

Kemasukan Sesi Julai 2010

Pengumuman Kemasukan Julai 2010
Dimaklumkan bahawa tarikh tutup kemasukan sesi Julai 2010 adalah pada hari Ahad, 4 Julai 2010. Bayaran yang perlu dijelaskan bagi pendaftaran di Jabatan Pembangunan Kemahiran ialah sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Bayaran boleh dibuat secara ansuran.

19 Jun 2010

Pengambilan Pelatih Baru Sesi Julai 2010

Urusetia Pengambilan Pelatih Baru sedang menjalankan kempen bagi pengambilan pelatih baru sesi Julai 2010.

Kursus yang ditawarkan ;
1. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal Tahap 1 (H-050-1)
2. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal Tahap 2 (H-050-2)
3. Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 (P-115-1)4. Mekanik Kenderaan Motor Tahap 2 (P-115-2)
5. Juruteknik Kenderaan Motor Tahap 3 (P-115-3)
6. Juruteknik Motosikal Tahap 1 (P-118-1)
7. Juruteknik Motosikal Kanan Tahap 2 (P-118-2)

Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Umur 15 hingga 30 tahun
3. Boleh membaca, menulis dan mengira.

Tanpa Sijil Juga Boleh Memohon ?
Boleh dan diterima masuk. Tiga (3) syarat di atas memadai untuk menyertai progam ini.

Benefit Yang Bakal Diterima Oleh Peserta
1. Sijil dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
2. Tawaran pembiayaan latihan secara pinjaman dari Tabung Pembangunan Kemahiran
3. Wang Saku RM300.00 sebulan
4. Kelas berhawa dingin
5. Bimbingan 7 dalam 1.
6. Pembayaran baik pinjaman kepada Tabung Pembangunan Kemahiran dilaksana oleh Persatuan Amal Jariah Malaysia, Yayasan Umi Malaysia dan Koperasi Insaniah Kelantan Berhad sebelum pelatih mendapat kerja.





Kursus Baru Di Kolej Astonians

Warga Kolej Astonians melahirkan kesyukuran kerana Sijil Juruteknik Motosikal (P-118-1) dan Sijil Juruteknik Motosikal Kanan (P-118-2) telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk dilaksana di kolej ini.

Kolej Astonians mengharapkann agar program ini juga akan diterima oleh pihak Persatuan Amal Jariah Malaysia untuk dimasukkan di dalam Program Pembangunan Modal Insan Glokal demi membela nasib 1000 nasib anak bangsa.