Pages

20 Jun 2010

PAJMA, YUM dan KOINSAN Bayar Balik Pinjaman Pelatih


Persatuan Amal Jariah Malaysia (PAJMA), Yayasan Umi Malaysia (YUM) dan Koperasi Insaniah Kelantan Berhad (KOINSAN) akan tetap meneruskan usaha murni mereka dengan bertanggungjawab membayar balik pinjaman semua pelatih yang layak kepada pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebelum daripada para pelatih mendapat kerja. Perkara ini ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, PERSATUAN AMAL JARIAH MALAYSIA (PAJMA) iaitu Ustaz Mohd. Yuzakky  bin Hj Mohd. Yusoff di dalam perjumpaan dengan pelatih-pelatih Sijil Mekanik Kenderaan Motor yang diadakan di Bilik Musyawarah Kolej minggu lalu.

Pun begitu beliau menegaskan bahawa semua pelatih hendaklah berusaha mengekalkan mata merit di atas skor 85 mata dengan cara menghadiri kelas kemahiran teori dan praktikal. "PAJMA, YUM dan KOINSAN tetap akan membela anda menjelaskan bayaran pinjaman kepada PTPK sehingga anda semua mendapat pekerjaan. Namun anda semua hendaklah mengekalkan mata merit dengan skor 85 mata atau ke atas. Ini bukanlah untuk membebankan anda bahkan untuk mendidik dan memberikan ketenangan selepas selesai menjalanni latihan kemahiran di kolej ini".

Turut sama di dalam majlis tersebut ialah Puan Fadzillah Taib selaku Pengurus Kolej Astonians dan dihadiri juga oleh para Pegawai Penilai.

Justeru, semua pelatih diajak untuk tidak melepaskan peluang kemasan ini. Anda tidak perlu memikirkan untuk membayar balik pinjaman selepas selesai menjalani latihan sebaliknya tumpuan ialah untuk mendapat pekerjaan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan