Pages

29 Jun 2010

Kad Pelatih....

Kad Matrik yang ditunggu-tunggu dah tiba. Kepada semua pelatih bolehlah menuntut kad tersebut di Pejabat Pentadbiran pada masa pejabat. Pihak pengurusan memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan penyerahan kad ini. "Bukan silap kita sebenarnya tapi kesilapan teknikal oleh pihak pengeluar yang menyebabkan kad-kad ini lewat untuk diserahkan. Kak Ju harap semua pelatih gembira menerima kad matrik masing-masing seterusnya pastikan kad ini dipakai sepanjang berada di kolej. Harus diingat bahawa kegagalan memakai kad matrik menyebabkan skor merit boleh ditolak". Demikian ulasan Cik Juhana selaku Pegawai Tadbir kolej yang bertanggungjawab menguruskan kad.

28 Jun 2010

Program Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal dapat sambutan memberangsangkan

Program Sijil Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal (H-050-1/2) terus mendapat sambutan yang memberangsangkan. Menurut Puan Nurwidayu selaku Pegawai Penilai bagi tahap 2, lepasan program ini boleh dikatakan majoritinya telah mendapat kerja dan sebahagian yang lain pula menyambung pengajian ke tahap 3 dan 4 atau diploma.

Bagi pengambilan bulan Jun/Julai 2010 ini, kuota yang ditetapkan pleh JPK sudah hampir dapat dipenuhi. Pun begitu, mana-mana pelajar yang berminat masih boleh untuk memohon masuk dengan menghubungi pihak kolej di talian 09-7653652.

26 Jun 2010

PROTON Sumbang Waja 1.6e

Warga Kolej Astonians mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) kerana telah sudi menaja sebuah kereta Proton Waja NFD 1.6e untuk kegunaan para pelatih Mekanik Kenderaan Motor. Sumbangan ini adalah yang pertama seumpamanya yang diterima oleh pihak kolej dari sebuah perusahaan otomobil.
Menurut Puan Fadzillah Talib, kertas kerja memohon tajaan kereta tersebut telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan yang diketuai oleh Ust. Mohd. Yuzakky Yusoff sejak awal tahun baru-baru ini dan dua bulan selepas itu PROTON telah menyampaikan khabar gembira sudi menyempurnakan tajaan tersebut. "Pihak kolej terutamanya para pelatih Mekanik Kenderaan Motor amat berbesar hati atas tajaan ini tambahan lagi kereta Waja ini adalah lain dari yang lain kerana sterengnya terletak di sebelah kiri (edisi eksport). Pihak kolej berharap semua pelatih dapat memanfaatkan kereta ini sebaik mungkin ". Ujar beliau yang juga selaku pengurus kolej.

20 Jun 2010

PAJMA, YUM dan KOINSAN Bayar Balik Pinjaman Pelatih


Persatuan Amal Jariah Malaysia (PAJMA), Yayasan Umi Malaysia (YUM) dan Koperasi Insaniah Kelantan Berhad (KOINSAN) akan tetap meneruskan usaha murni mereka dengan bertanggungjawab membayar balik pinjaman semua pelatih yang layak kepada pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebelum daripada para pelatih mendapat kerja. Perkara ini ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, PERSATUAN AMAL JARIAH MALAYSIA (PAJMA) iaitu Ustaz Mohd. Yuzakky  bin Hj Mohd. Yusoff di dalam perjumpaan dengan pelatih-pelatih Sijil Mekanik Kenderaan Motor yang diadakan di Bilik Musyawarah Kolej minggu lalu.

Pun begitu beliau menegaskan bahawa semua pelatih hendaklah berusaha mengekalkan mata merit di atas skor 85 mata dengan cara menghadiri kelas kemahiran teori dan praktikal. "PAJMA, YUM dan KOINSAN tetap akan membela anda menjelaskan bayaran pinjaman kepada PTPK sehingga anda semua mendapat pekerjaan. Namun anda semua hendaklah mengekalkan mata merit dengan skor 85 mata atau ke atas. Ini bukanlah untuk membebankan anda bahkan untuk mendidik dan memberikan ketenangan selepas selesai menjalanni latihan kemahiran di kolej ini".

Turut sama di dalam majlis tersebut ialah Puan Fadzillah Taib selaku Pengurus Kolej Astonians dan dihadiri juga oleh para Pegawai Penilai.

Justeru, semua pelatih diajak untuk tidak melepaskan peluang kemasan ini. Anda tidak perlu memikirkan untuk membayar balik pinjaman selepas selesai menjalani latihan sebaliknya tumpuan ialah untuk mendapat pekerjaan yang baik.

Kemasukan Sesi Julai 2010

Pengumuman Kemasukan Julai 2010
Dimaklumkan bahawa tarikh tutup kemasukan sesi Julai 2010 adalah pada hari Ahad, 4 Julai 2010. Bayaran yang perlu dijelaskan bagi pendaftaran di Jabatan Pembangunan Kemahiran ialah sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Bayaran boleh dibuat secara ansuran.

19 Jun 2010

Pengambilan Pelatih Baru Sesi Julai 2010

Urusetia Pengambilan Pelatih Baru sedang menjalankan kempen bagi pengambilan pelatih baru sesi Julai 2010.

Kursus yang ditawarkan ;
1. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal Tahap 1 (H-050-1)
2. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal Tahap 2 (H-050-2)
3. Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 (P-115-1)4. Mekanik Kenderaan Motor Tahap 2 (P-115-2)
5. Juruteknik Kenderaan Motor Tahap 3 (P-115-3)
6. Juruteknik Motosikal Tahap 1 (P-118-1)
7. Juruteknik Motosikal Kanan Tahap 2 (P-118-2)

Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Umur 15 hingga 30 tahun
3. Boleh membaca, menulis dan mengira.

Tanpa Sijil Juga Boleh Memohon ?
Boleh dan diterima masuk. Tiga (3) syarat di atas memadai untuk menyertai progam ini.

Benefit Yang Bakal Diterima Oleh Peserta
1. Sijil dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
2. Tawaran pembiayaan latihan secara pinjaman dari Tabung Pembangunan Kemahiran
3. Wang Saku RM300.00 sebulan
4. Kelas berhawa dingin
5. Bimbingan 7 dalam 1.
6. Pembayaran baik pinjaman kepada Tabung Pembangunan Kemahiran dilaksana oleh Persatuan Amal Jariah Malaysia, Yayasan Umi Malaysia dan Koperasi Insaniah Kelantan Berhad sebelum pelatih mendapat kerja.





Kursus Baru Di Kolej Astonians

Warga Kolej Astonians melahirkan kesyukuran kerana Sijil Juruteknik Motosikal (P-118-1) dan Sijil Juruteknik Motosikal Kanan (P-118-2) telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk dilaksana di kolej ini.

Kolej Astonians mengharapkann agar program ini juga akan diterima oleh pihak Persatuan Amal Jariah Malaysia untuk dimasukkan di dalam Program Pembangunan Modal Insan Glokal demi membela nasib 1000 nasib anak bangsa.